IQ Option

Panduan Pengguna Baru Untuk Ulasan QI Option 2019: Adakah Ia Scam Atau Selamat Digunakan?

IQ Option adalah platform dagangan dalam talian yang membolehkan pelanggan-pelanggan  berdagang pelbagai perkakasan dan aset kewangan seperti Binary Option, Saham, Forex dan tentulah, Matawang Kripto.

Diasaskan pada 2013 dan dikendalikan oleh IQ Option Ltd, laman ini dengan pantas menjadi satu daripada platform dagangan dalam talian yang paling pantas berkembang dan mendakwa mempunyai lebih daripada 20 juta pemegang akaun dari seluruh dunia.

IQ Option beribu pejabat di Cyprus dan dikawalselia di EU oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (CySec), syarikat ini patuh sepenuhnya terhadap perundangan dikemukakan oleh komisyen ini dan diberikan kebenaran sepenuhnya untuk menjual produk-produk mereka kepada klien-klien di sejumlah kawasan.

Lihat di bawah sambil kami menjemput anda menerokai laman ini dan menawarkan anda ulasan penuh kami terhadap perkhidmatan-perkhidmatan ini.

iq option

Apa Ia Tawarkan

IQ Option adalah platform dagangan serba lengkap yang memberikan pengguna-penggunanya sejumlah besar alternatif, dan selepas bermula sebagai broker binary option, IQ Option kini membolehkan pelanggan-pelanggan berdagang Contracts for Difference (CFD) untuk saham, matawang kripto, Exchange Traded Funds (ETF), Forex, dan sejumlah pilihan digital berbeza.

  • CFD pada Saham – IQ Option membolehkan pengguna-pengguna berdagang CFD pada saham mereka untuk lebih daripada 7485 syarikat berbeza, termasuk perniagaan-perniagaan paling berjaya yang disenaraikan di NASDAQ dan NYSE.
  • Matawang kripto – Pengguna-pengguna juga boleh berdagang 12 matawang kripto paling popular termasuk Bitcoin, Ethereum, Litecoin, Ripple, Monero, Zcash, Omisego, IOTA dan Dash.
  • ETF – Dagangan ETF adalah produk yang agak baru, dan ETF berfungsi dengan menjejak komoditi, index dan sejumlah aset. Ini boleh didagangkan dengan cara yang sama seperti saham biasa, dan pedagang boleh memilih daripada 4288 ETF berbeza.
  • Forex – Dagangan FX atau Forex, adalah pasaran dagangan yang sangat popular dan IQ Option memberikan akses kepada lebih kurang 188 pasangan matawang dagangan. Ini membolehkan pengguna-pengguna mendagangkan matawang asing kegemaran mereka dengan mudah.
  • Option – Pengguna-pengguna boleh membuat spekulasi terhadap harga beberapa aset berbeza, yang termasuk matawang, saham, indeks dan komoditi. Platform ini kini menyediakan gerbang kepada lebih 10 juta option.

Akaun Demo Atau Langsung

Untuk pengguna-pengguna yang berminat menguji platform ini, terdapat kemudahan akaun demonstrasi yang disertakan bekalan dana maya yang boleh dipenuhkan semula. IQ Option memerlukan deposit minimum yang rendah dan pedagang-pedagang baru yang bermula dengan mendepositkan $10 untuk mendapatkan capaian kepada akaun langsung, kini terdapat dua pilihan akaun dagangan:

  • Akaun Sebenar. Ini boleh diakses dengan pelaburan minima $10 dan tiada sebarang had ke atas fungsi dagangan. Akaun ini memberikan akses kepada lebih 70 aset dan pengguna-pengguna boleh memohon pengeluaran yang akan diproses dalam 24 jam. Pemegang akaun sebenar juga boleh mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan dagangan dianjurkan di platform ini (pelanggan-pelanggan di luar EU).
  • Akaun VIP. Ini boleh didapatkan oleh pedagang-pedagang yang mendepositkan lebih daripada $3,000. Selain ciri-ciri yang diberikan bersama akaun sebenar, akaun VIP juga termasuk pengurus peribadi yang bersedia membantu pedagang berkenaan sebarang pertanyaan atau isu. Akaun VIP juga menyediakan laporan bulanan berkenaan rekod dagangan pengguna, yang disediakan oleh penganalisis platform dan memberikan pelanggan-pelanggan maklumbalas bernilai berkenaan prestasi mereka.

iq option malaysia

Bagaimana Mendaftar

Cara terbaik untuk bermula adalah dengan mendaftar melalui Facebook, Google atau hanya dengan membuat akaun menggunakan alamat emel. Selepas memasukkan butiran anda dan membuat kata laluan, anda boleh teruskan.

Apabila ini selesai, anda boleh terus menggunakan akaun latihan anda atau menambahkan wang kepada akaun sebenar anda sebelum bergerak ke dagangan sebenar. Pop-up akan memaklumkan anda tentang pendaftaran kedua-dua akaun latihan dan akaun sebenar anda.

IQ Option telah membangunkan platform proprietari mereka sendiri dan ini membuatkan menerokai laman sesawang ini satu pengalaman yang menyeronokkan. Platform ini telah direka dengan baik dengan pendekatan intuitif dan agak mudah untuk mencari semua perkakas dan ciri-ciri berbeza. Akaun demo percuma juga memberikan pengguna-pengguna kemungkinan berdagang dengan semua asettersembunyi. Disebabkan ini, terdapat pelbagai pilihan berkenaan jenis-jenis dagangan dan pengguna-pengguna boleh bertukar antara aset dimahukan dengan pantas. Platform ini juga menawarkan sejumlah perkakas pencartaan seperti Bollinger band dan purata bergerak yang semuanya membantu menambah kepada keupayaan dagangan.

Paparan Dagangan

Pengguna-pengguna boleh mencari matawang kripto kegemaran mereka dengan mudah dan menganalisa semua maklumat yang paling relevan dan terkini. Selain menawarkan Bitcoin dan Ethereum, IQ Option juga menawarkan sekurang-kurangnya 10 matawang kripto lain untuk didagangkan. Ini termasuk Dash, Ethereum Classic, IOTA, Ripple, Litecoin dan Monero.

Antaramuka ini juga memudahkan pengguna-pengguna mencari pautan kepada perbualan, sejarah dagangan dan sokongan pelanggan, dan sekiranya terdapat sebarang isu, pengguna-pengguna boleh memulakan dialog dengan pasukan sokongan dengan pantas. Satu lagi ciri yang menonjol adalah bahagian sumber yang memberikan akses kepada bahan-bahan latihan dan pendidikan. Sejumlah video latihan pendek diintegrasikan ke dalam laman sesawang dan pedagang boleh mengakses sumber-sumber ini tanpa meninggalkan akaun latihan mereka.

Platform dagangan versi demo juga sama dengan versi langsung, dan pedagang boleh menambahbaik kemahiran mereka dengan menggunakan $10,000 dana maya yang diberi bersama akaun latihan. Walaupun keadaan menjadi teruk, dana latihan ini boleh dipenuhkan semula, memberi pedagang jumlah dana yang tetap untuk tujuan latihan.

Mendapatkan Token OTN

IQ Option juga cuba memberi pampasan kepada mereka yang berdagang matawang kripto di laman ini, dan terdapat bonus tambahan dalam bentuk token OTN. IQ Option dengan kerjasama bersama The Open Trading Network telah membangunkan satu sistem yang membolehkan pedagang-pedagang di laman ini diberi ganjaran dengan token OTN. Token ganjaran kini sedang diagihkan melalui pengagihan mingguan atau ”emission’ dan lebih banyak dagangan yang dilakukan pengguna, lebih banyaklah token OTN yang mereka layak terima.

Token OTN boleh digunakan untuk membayar yuran komisyen kepada platform selaras dengan kadar dalaman QI Option; pengguna-pengguna platform IQ Option diberi ganjaran ke atas aktiviti dagangan mereka melalui kaedah yang cuba memudahkan dagangan akan datang di platform ini.

Ciri-ciri Tambahan

IQ Option meletakkan fokus yang besar ke atas pengguna-penggunanya dan platform ini membolehkan pelanggan-pelanggan berdagang dengan yakin menggunakan sejumlah ciri yang menjadikan keseluruhan pengalaman berdagang lebih baik. Ini termasuk:

IQ Option menawarkan pengguna-penggunanya beberapa cara untuk membuat deposit dan pengeluaran ke dan dari akaun dagangan mereka. Pengguna-pengguna kini boleh menggunakan perkhidmatan debit seperti Maestro dan Visa Electron, atau kad kredit seperti Visa dan Mastercard. Pelanggan-pelanggan juga boleh menggunakan beberapa pemproses pembayaran seperti Skrill, WebMoney, Cash U, Neteller dan Moneybookers. Terdapat juga pilihan memproses pembayaran melalui Pemindahan Kawat dan jumlah pengeluaran minima semasa adalah $2, sementara tempoh anggaran untuk pengeluaran dana adalah 1 hari bekerja.

Integrasi Mudah Alih

IQ Option menawarkan penyelesaian dagangan sesawang mudah alih selain aplikasi mudah alih khusus, yang memberikan pengguna-pengguna kelenturan lebih besar berkenaan pilihan dagangan mudah alih. Aplikasi ini mempunyai antaramuka grafik yang bersih dan intuitif dan mudah digunakan; ia juga mempunyai kebanyakan ciri pencartaan ditemui dalam platform biasa. Aplikasi ini juga menyediakan pemberitahuan tekan, dan pengguna-pengguna boleh menetapkan tahap dagangan kunci yang mengakibatkan pemberitahuan dihantar setiap kali tahap-tahap ini dicapai. Aplikasi ini boleh digunakan di tablet selain telefon pintar dan platform ini boleh digunakan oleh pemegang-pemegang peranti Android dan Apple iOS.

iq options

Pertandingan Dagangan

Jika anda di luar Kesatuan Eropah, Pelanggan-pelanggan diberikan peluang menguji kemahiran mereka dengan pedagang-pedagang lain melalui beberapa pertandingan Binary Option. Pertandingan-pertandingan yang kerap ini biasanya berjalan lebih kurang 30 minit dan memerlukan yuran penyertaan yang kecil. Selepas mendaftar, pengguna-pengguna diberikan dana maya $10k dan pada akhir pertandingan, pedagang dengan pulangan paling besar menang hadiah.

Hadiah mungkin tetap atau bergantung kepada jumlah orang yang menyertai pertandingan, dan hadiah-hadiah terbaik membenarkan pemenang mendapat pembayaran sehingga 100x yuran penyertaan. Jika pengguna kehabisan dana maya mereka, mereka boleh membelinya semula dan terus mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Ini memberikan pengguna-pengguna cara interaktif untuk menguji keupayaan berdagang mereka selain mempelajari teknik-teknik berdagang baru.

Seperti biasa, sila ambil perhatian atas kemungkinan kehilangan yuran penyertaan anda apabila mengambil bahagian dalam pertandingan.

Sumber-sumber Pendidikan Dan Latihan

IQ Option memberi ahli-ahli akses kepada pengguna-pengguna sejumlah besar data untuk digunakan, dan laman ini menyertakan sumber latihan yang memberi manfaat kepada pedagang-pedagang baru dan juga lebih berpengalaman. Ini termasuk pelbagai video latihan, selain webinar dan tutorial. Pengguna-pengguna juga boleh mengakses ebook dan bahagian FAQ yang menawarkan jawapan untuk soalan-soalan yang kerap ditanya. Bahan-bahan latihan ini menyediakan maklumat bernilai untuk pedagang-pedagang dengan keupayaan dan pengalaman berbeza.

Sokongan Pelanggan

IQ Option membenarkan pengguna-pengguna menghubungi pasukan sokongan melalui emel, borang sokongan dan fungsi perbualan. Laman ini mendakwa melayan semua pertanyaan dalam 46 saat dan cuba menyelesaikan semua tiket dalam 24 minit. Terdapat lebih kurang 83 pakar perkhidmatan pelanggan dalam pasukan ini dan pedagang-pedagang yang memerlukan perkhidmatan yang lebih peribadi boleh menaiktaraf ke akaun VIP dan disertakan pengurus akaun peribadi.

IQ Option mengekalkan fokus antarabangsa dan berharap dapat melayan pedagang-pedagang dari seluruh dunia. Platform ini menawarkan peluang berdagang dalam pelbagai matawang berbeza seperti USD, GNP, EUR, Yuan, RUB, TRY, IDR dan MYR. Selain itu, laman ini juga menyediakan sokongan dalam bahasa-bahasa sperti Bahasa Inggeris, Perancis, Itali, Sepanyol, Portugis, Cina, Korea, Arab, Jerman, Turki, Thai, Hindi, Urdu dan Norway.

Namun begitu, disebabkan terdapat peraturan-peraturan berbeza, laman ini tidak menyediakan perkhidmatan untuk warganegara atau penduduk Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Belgium, Israel, Palestin, Jepun, Sudan, Syria, Iran, Korea Utara atau Kesatuan Rusia.

IQ Option juga mematuhi standard pengenalan yang diperlukan dan pengguna-pengguna patut mengambil perhatian yang mereka mesti memberikan data peribadi mereka dan mengesahkan alamat emel dan nombor telefon mereka apabila mendaftar akaun. Bakal-bakal pengguna yang tidak berupaya melakukannya tidak akan dapat melengkapkan pendaftaran akaun mereka.

  • Selepas mengisi wang dalam akaun anda, anda juga akan diminta memberikan maklumat peribadi tambahan untuk melengkapkan pengesahan akaun anda. IQ Option memerlukan salinan dokumen pengesahan seperti:

Pasport atau Kad ID Nasional dikeluarkan oleh Badan Kerajaan

  • Bukti Alamat dalam bentuk Bil Utiliti atau Penyata Bank diperlukan untuk penduduk-penduduk Kesatuan Eropah

Adakah IQ Option Satu Penipuan?

Ketika membuat ulasan ini dan mengkaji pendapat orang lain di internet, kami mendapati terdapat rungutan daripada mereka yang memanggil laman sesawang ini penipuan. Antara sebab yang disebutkan adalah mereka mematikan akaun pengguna sekaligus tidak membenarkan mereka mengeluarkan baki dan banyak orang nampaknya kehilangan wang berdagang di platform ini.

Tetapi kami juga menemui komen positif yang jauh lebih banyak tentang syarikat ini yang nampaknya menunjukkan yang mereka yang mempunyai rungutuan adalah mereka yang lebih kuat bercakap dalam talian.

Pandangan kami adalah syarikat ini tidak mungkin boleh dianggap penipuan, syarikat ini adalah perniagaan yang dikawalselia dengan ketat dengan perolehan pendapatan tinggi, premis perniagaan rasmi, laman sesawang berkualiti tinggi dan perisian dagangan.

Rumusan

IQ Option adalah platform yang mengagumkan yang memberikan pengguna-penggunanya nilai yang besar. Laman ini menggabungkan ketelusan dan fungsi pada tahap yang baik dan pengguna-penggunanya boleh duduk selesa mengetahui yang platform ini mematuhi peraturan kewangan terkini.

Berdagang di laman ini memberikan pengalaman berdagang yang licin dan platform ini menggunakan antaramuka intuitif yang mudah diterokai. Aplikasi platform dan dagangan ini cukup fungsi untuk pedagang profesional tetapi pada masa yang sama cukup ringkas untuk membolehkan penyertaan baru mempelajari proses berdagang tanpa kesukaran.

IQ Option adalah syarikat yang semakin popular dan telah berkembang sehingga menguruskan hampir 15 juta akaun dan memproses 3 juta dagangan setiap haro. Laman sesawang ini juga menikmata volum dagangan sebanyak $11 bilion sebulan dan membayar lebih kurang $5.7 juta kepada pengguna-penggunanya secara bulanan.

Laman ini ada masalahnya, dan pengguna yang memerlukan interaksi yang banyak dengan agen perkhidmatan pelanggan mungkin tidak dapat dipuaskan melalui dua tahap akaun ini. Untuk mendapatkan komunikasi konsisten dengan pengurus akaun peribadi, pedagang perlu membayar $3000 yang mungkin agak menyekat bagi sesetengah orang. Laman ini juga popular dengan pedagang-pedagang dari seluruh dunia dan walaupun IQ Option meluangkan sepenuh masa dan tenaga untuk membangunkan perkhidmatan pelanggan mereka, terdapat kemungkinan pengguna-pengguna mungkin perlu menunggu lebih daripada 24 minit sebelum soalan mereka diproses.

Akhir sekali IQ Option tidak boleh digunakan oleh penduduk-penduduk negara-negara seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun. Negara-negara ini didiami sejumlah besar individu yang cerdik-kewangan dan platform ini lebih baik tanpa kewujudan mereka. Namun begitu, IQ Option masih melayan pedagang-pedagang dari lebih 178 negara dan memberikan perkhidmatan serba lengkap kepada pengguna-penggunanya. Platform ini memenuhi keperluan pedagang-pedagang dan individu-individu yang berdagan saham, Forex, dan matawang yang mendaftar untuk berinteraksi dengan platform intuitif yang memberikan akses kepada sumber-sumber dan pilihan dagangan yang besar.

Thailand: iq option
Vietnam: iq option

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *